Senarai pemimpin negara kini mengikut tarikh menjawat

Sultan Hassanal Bolkiah ialah pemimpin negara paling lama menjawat, menaiki takhta sebagai Sultan Brunei sejak 1967.

Ini senarai pemimpin negara sekarang disusun mengikut tempoh memegang jawatan berterusan dalam satu kedudukan kepimpinan negara. Negara yang mempunyai jawatan ketua negara dan ketua kerajaan yang berbeza turut disenaraikan. Bagi pemimpin yang telah memegan jawatan yang sama sebelum kemerdekaan negara mereka, permulaan tempoh memegang jawatan digunakan, bukan kemerdekaan.

Bagi senarai ketua negara mengambil tarikh kemerdekaan, lihat Senarai ketua negara mengikut keutamaan diplomasi.

Pemangku presiden termasuk di dalam senarai ini, tetapi jikalau pemimpin itu ada tempoh tidak berturutan, hanya tempoh berkhidmat semasa disenaraikan.

Negara-negara yang ketua negaranya berbeza daripada ketua kerajaannya kebanyakannya sistem berparlimen. Selalunya, seorang pemimpin memegang kedua-dua kedudukan dalam sistem presiden atau kediktatoran. Beberapa negara mempunyai sistem separa berpresiden yang peranan ketua kerajaannya dipenuhi oleh kedua-dua ketua kerajaan dan ketua negara yang tersenarai.

Dalam bahasa Melayu, semua pemimpin negara orang kebanyakan digelar Tuan atau Puan Yang Terutama mengikut jantina masing-masing.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search